BAU - Seorang lelaki tempatan ditahan pihak polis selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian dalam satu serbuan di sebuah premis kedai di sini, Sabtu petang 25 April.
Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd. Haide A. Rahman, memaklumkan tangkapan dilakukan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Bau kira-kira jam 4.20 petang.
"Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati suspek menjalankan aktiviti judi dalam talian. Selain tangkapan, pihak polis turut merampas beberapa barangan berkaitan bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media.
Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
PDRM menegaskan akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras aktiviti perjudian di daerah ini dan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi IPD Bau di talian 082-763 311.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMBau #OpsJudi
Back