BAU - Tindakan seorang lelaki warga Indonesia menjadi 'pengangkut' atau tekong darat membawa padah apabila dia ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Tasik Biru, Jumaat lalu (24 April).
Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd. Haide A. Rahman berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota dari Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa sekitar jam 5.30 petang semasa menjalankan Op Tiris.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan Perodua Myvi hitam mendapati suspek sedang membawa dua lagi rakan senegaranya yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.
Siasatan awal mendedahkan suspek menerima bayaran sebanyak RM500 untuk mengangkut kedua-dua migran tersebut dari sempadan Biawak menuju ke Kuching melalui "jalan tikus".
Pihak polis turut menyita kenderaan tersebut dan tiga unit telefon bimbit.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada terdapat rangkaian sindiket yang lebih besar terlibat dalam aktiviti ini.
Sumber: FB Polis IPD Bau
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDBau #OpTiris #Atipsom
Back