KUCHING – Satu sesi dialog diadakan hari ini sebagai platform perbincangan interaktif bagi menangani isu perdagangan haram di Sarawak.
Dialog bertajuk “Perdagangan Haram Sarawak: Pendorong, Risiko & Kos Larangan” anjuran DayakDaily itu, menghimpunkan seramai 35 peserta, terdiri daripada agensi penguat kuasa, pakar kriminologi dan kesihatan, pemain industri serta pengamal media.
Menurut kenyataan penganjur, dialog berkenaan bertujuan mengemukakan pendekatan yang lebih pragmatik dan berasaskan data.
Penekanan tersebut dilihat berpotensi membuka ruang kepada penilaian semula dasar sedia ada, termasuk kemungkinan memperkenalkan strategi yang lebih holistik dan adaptif.
Selain itu, dialog itu turut memberi isyarat awal bahawa perubahan pendekatan dasar mungkin diperlukan dalam menangani isu perdagangan haram di Sarawak, khususnya dalam menilai semula keberkesanan pendekatan berasaskan larangan semata-mata.
Ia juga menegaskan bahawa sebarang dasar masa depan perlu dirangka dengan teliti bagi memastikan kepentingan jangka panjang Sarawak dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, tanpa mengabaikan realiti sosioekonomi serta cabaran pelaksanaan di lapangan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back