MIRI - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyerahkan Native Territorial Domain (NTD) kepada Temenggong Boniface Bada @ Bada Anak Enjah dan Tuai Rumah Douglas Akok.
Majlis penyerahan itu berlangsung sempena perasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) di Stadium Miri, hari ini.
NTD merupakan pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap kawasan wilayah adat masyarakat pribumi yang merangkumi kawasan pemakai menoa dan pulau galau, sekali gus memperkukuh hak tanah adat di negeri ini.
Hak milik komunal itu diberikan kepada komuniti Iban di Sungai Senga, Tanjung Baru, Suai Niah sebagai langkah penting dalam memastikan pemilikan tanah adat terus diiktiraf dan dilindungi.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back