MIRI - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg meluangkan masa pagi tadi dengan menyertai program brisk walk sejauh 2.5 kilometer di Taman Bulatan Miri.
Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu dimulakan dengan sesi senamrobik bertenaga sebelum diteruskan dengan aktiviti berjalan santai mengelilingi taman tersebut.
Kehadiran beliau bukan sahaja untuk mempromosikan gaya hidup sihat, malah menjadi peluang buat penduduk setempat untuk beramah mesra secara dekat dengan pemimpin nombor satu negeri itu.
Suasana santai tersebut diakhiri dengan sesi sarapan pagi bersama para hadirin di kawasan Lake Duck, Taman Bulatan sebelum beliau bersurai.
Aktiviti ini mencerminkan kedekatan pemimpin dengan rakyat dalam suasana yang tidak formal sambil menekankan kepentingan kesihatan fizikal.
Sumber: fb Sarawakku
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #AbangJohari #GayaHidupSihat #SarawakMaju #SarawakkuSayang2026
Back