MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri berjaya menumpaskan aktiviti penyalahgunaan dadah di tengah laut selepas menahan sebuah vesel tunda bersama tongkang di perairan Miri, Jumaat petang 24 April.
Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad, memaklumkan bahawa vesel tersebut dipintas pada jam 4.40 petang di kedudukan 3.5 batu nautika barat Muara Sungai Miri.
"Hasil pemeriksaan rapi di atas vesel membawa kepada penemuan satu bungkusan kecil disyaki dadah jenis methamphetamine bersama peralatan menghisap dadah," katanya dalam satu kenyataan.
Ujian saringan awal air kencing mengesahkan kesemua lima kru, yang berumur antara dua warga tempatan, dua warga Indonesia dan seorang warga Myanmar, adalah positif dadah.
Selain isu narkotik, kesemua kru turut didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.
Kesemua tangkapan dan vesel telah diiring ke pangkalan Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MaritimMalaysia #ZonMiri #LawanDadah
Back