• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 April 2026 | 12:13 PM

Pemimpin Akar Umbi Tunjang Utama Sampaikan Dasar Kerajaan & Tangkis Fitnah - Abang Johari

MIRI - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyeru pemimpin akar umbi dan ketua masyarakat agar memainkan peranan lebih proaktif dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan negeri secara berkesan kepada rakyat.

Berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat di Miri malam tadi, beliau menegaskan bahawa kefahaman yang jelas mengenai hala tuju ekonomi digital dan tenaga hijau amat penting bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan maklumat tidak benar yang tular di media sosial.

"Ketua masyarakat dan penghulu perlu memahami dasar kerajaan agar maklumat tepat sampai ke peringkat bawah. Ini penting memandangkan perubahan ekonomi dan teknologi kini berlaku dengan sangat pantas," katanya.

Beliau turut berkongsi komitmen kerajaan dalam memperkasakan infrastruktur yang menghubungkan Miri dengan kawasan pedalaman seperti Marudi dan Long Lama, yang dijangka akan membuka lebih banyak peluang ekonomi serta meningkatkan akses kemudahan asas.

Selain itu, Abang Johari mengulangi matlamat kerajaan negeri untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma di institusi terpilih bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri semikonduktor dan teknologi hijau.

Menyentuh soal keharmonian, beliau mengibaratkan kekuatan perpaduan kaum di Sarawak seperti "kek lapis" yang unik dan berwarna-warni, serta menegaskan pentingnya membangunkan negeri mengikut acuan sendiri.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #AbangJohari #SarawakMaju #PemimpinAkarUmbi

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok