KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, berkuat kuasa 13 Mei ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan tersebut dibuat selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694). Beliau menggantikan Tan Sri Azam Baki yang dijadualkan tamat tempoh perkhidmatan pada 12 Mei.
"Kerajaan yakin dengan pengalaman luas serta integriti tinggi yang dimiliki beliau, Datuk Seri Abdul Halim akan mampu memperkukuh tadbir urus negara serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan rakyat dan negara," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersembahkan senarai calon bagi jawatan tersebut kepada Seri Paduka Baginda pada Jumaat 24 April.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SPRM #KetuaPesuruhjayaBaharu #Agong #SultanIbrahim
Back