BAU - Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan pihak polis selepas dikesan positif dadah dalam satu pemeriksaan di tepi jalan Kampung Serikin, Jumaat petang 24 April.
Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A. Rahman, mengesahkan tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota IPD Bau kira-kira jam 4.50 petang.
Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah, menyebabkan suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pihak PDRM menegaskan komitmen mereka dalam membanteras sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah boleh menyalurkan maklumat kepada JSJN Bukit Aman (012-208 7222) atau JSJN IPK Sarawak (017-592 9211).
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMBau #NarkotikBau #KampungSerikin
Back