BAU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) telah melaksanakan operasi pemotongan bekalan elektrik terhadap dua buah premis di kawasan Siniawan, pada Jumaat 24 April.
Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd. Haide A. Rahman, mengesahkan premis yang terlibat merangkumi sebuah kopitiam di tingkat satu Siniawan Villa serta sebuah premis kafe di kawasan yang sama.
Tindakan tersebut diambil di bawah peruntukan Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Kanan Polis bersama pihak SEB itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Pihak polis menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan ini akan terus dipergiatkan bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan bekalan elektrik.
Orang awam dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penyambungan elektrik secara haram yang boleh membahayakan keselamatan dan sentiasa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada pihak polis.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDBau #SarawakEnergy
Back