MIRI – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar ke kebunnya berhampiran kawasan Petronas Bypass Miri, sejak semalam.
Mangsa dikenali sebagai Sagai Kunchau, 73 tahun, dipercayai pergi ke kebun seorang diri dengan memandu kenderaan jenis Hilux, namun tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, pengadu telah pergi ke lokasi kebun mangsa, namun hanya menemui dompet, kunci kenderaan serta kenderaan mangsa di kawasan tersebut tanpa sebarang tanda keberadaan mangsa.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama telah dijalankan di sekitar lokasi penemuan kenderaan serta kawasan kebun milik mangsa dengan radius pencarian kira-kira dua kilometer.
Bagaimanapun, sehingga jam 5 petang hari ini, tiada petunjuk baharu ditemui. Operasi SAR ditangguhkan dan akan disambung esok.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back