SELANGAU – Seorang pemandu dan kelindan lori cedera selepas terlibat dalam kemalangan kendiri berhampiran Rumah Nyalu di Jalan Mukah–Selangau, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 3.35 petang.
Menurutnya, kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Anggota Bomba yang tiba di lokasi membantu pihak polis dengan memotong stereng lori bagi memudahkan kerja mengalihkan kenderaan terbabit.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back