• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 April 2026 | 07:18 PM

Enam Projek RTP Siap Diserahkan, Beri Mnafaat Penduduk Setempat

KABONG – Enam Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong telah siap dan diserahkan kepada penduduk, sekali gus meningkatkan kemudahan asas di beberapa lokasi sekitar Kabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata pelaksanaan projek RTP itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan luar bandar terus diperkasa serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Antara projek yang disiapkan termasuk naiktaraf Dewan Terbuka Rumah Nyandang di Ulu Roban bernilai RM100,000, naiktaraf Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat berjumlah RM150,000 dan pembinaan pangkalan bot nelayan Sungai Peruntung di Nyabor yang menelan kos RM250,000.

Turut dilaksanakan ialah naiktaraf Masjid Lama Kampung Alit Kabong serta Surau An-Nur Rahman Metang Disa, masing-masing bernilai RM100,000, selain naiktaraf Rumah Serbaguna Skim Kelapa Tanjung Empiong bernilai RM60,000.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan projek tersebut di kawasan Ulu Roban, Gerigat, Nyabor, Alit, Kabong dan Tanjung Empiong, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok