SANTUBONG – Seorang pendaki wanita warganegara Australia yang dilaporkan hilang selepas tersasar dari laluan pendakian di Gunung Santubong, ditemui selamat hari ini.
Mangsa, Belinda Lapier, dijumpai kira-kira jam 11.59 pagi dalam keadaan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, mangsa telah tersalah laluan di kawasan F10 ketika dalam perjalanan turun dari puncak sebelum dilaporkan sesat.
Komander operasi memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan mangsa dan membawanya keluar ke jalan utama untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, pihak Forest Santubong melaporkan mangsa dikhuatiri terjatuh di kawasan F7.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back