• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 April 2026 | 07:03 PM

SKS Miri 2026 Jadi Platform Rapatkan Kerajaan dan Rakyat

MIRI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Miri 2026 membuka tirai di Stadium Miri hari ini, menawarkan pelbagai pengisian menarik yang memberi tumpuan kepada penglibatan komuniti setempat.

Majlis pra pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki yang turut meluangkan masa melawat reruai pameran melibatkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan negeri.

Penganjuran program ini antara lain bertujuan menyampaikan dasar, inisiatif serta perkhidmatan kerajaan secara terus kepada rakyat, selain memperkukuh hubungan antara kerajaan dan komuniti setempat.

Ia juga menjadi platform untuk memupuk semangat kebersamaan, perpaduan serta kecintaan terhadap Sarawak.

Pameran yang diadakan merangkumi kesihatan, pendidikan dan pembangunan modal insan, keusahawanan, sosial dan kebajikan, serta digital dan inovasi, selain penyediaan kaunter perkhidmatan bagi memudahkan urusan orang ramai.

Selain itu, Miri Kitchen menjadi antara tarikan utama apabila pengunjung berpeluang menikmati aneka makanan tempatan serta hasil produk kraftangan.

Program SKS Bahagian Miri 2026 dijadual dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, esok.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok