MIRI - Seorang lelaki warga asing berusia 37 tahun ditangkap pihak polis selepas tergamak mengugut bunuh adik kandungnya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Ladang Suai 2, Ulu Suai, Niah, Rabu lalu (22 April).
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Miri di sebuah pondok kebun berhampiran Ladang Sawit Wilmar Suai 1.
Hasil serbuan tersebut, polis berjaya merampas sebilah parang serta selaras senapang patah buatan sendiri berserta enam butir peluru.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah. Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 27 April bagi membantu siasatan di bawah dua peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 506 Kanun Keseksaan: Bagi kesalahan ugutan jenayah (hukuman penjara sehingga 7 tahun) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960: Bagi pemilikan senjata api tanpa lesen (hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda).
Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemilikan senjata api buatan sendiri untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Rayhan bin Albert di talian 011-10846959.
Sumber: fb Polis Daerah Miri
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PolisMiri #PDRMSarawak
Back