SRI AMAN - Seorang buruh berusia 50 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Seksyen Sri Aman hari ini selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan api sehingga memusnahkan dua buah rumah, Sabtu lalu.
Tertuduh, Mohd Taib Ahmad, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Intan Nurul Fareena Zainal Abidin bagi pertuduhan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Anak Bunyam memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku pada jam 3.17 pagi di Kampung Hulu Lemanak itu bukan sahaja memusnahkan kediaman, malah turut melibatkan kemusnahan tiga buah motosikal dan sebuah kenderaan. Hasil siasatan mengesahkan kehadiran tertuduh di lokasi sebelum api marak memusnahkan harta benda penduduk.
"Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan khianat sehingga membahayakan nyawa dan harta benda awam. Hukuman ini diharapkan menjadi pengajaran agar masyarakat tidak bertindak mengikut emosi sehingga melanggar undang-undang," tegas Supt Dennis.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan hari ini.
Sumber: fb JaPen Simanggang Update
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JenayahKhianat #PDRMSarawak
Back