• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 April 2026 | 03:25 PM

Iran Mula Kutip Caj Laluan Selat Hormuz, Terima Bayaran Pertama Secara Tunai

TEHRAN - Bank Pusat Iran mengesahkan pihaknya telah menerima bayaran pertama bagi levi laluan kapal dagang yang merentasi Selat Hormuz, salah satu laluan perkapalan paling kritikal di dunia.

Laporan agensi berita Fars menyatakan bahawa bayaran tersebut diterima dalam bentuk tunai atau mata wang asing, sekali gus menafikan penggunaan mata wang kripto bagi transaksi berkenaan.

Meskipun jumlah khusus tidak didedahkan, sumber industri sebelum ini menganggarkan caj boleh mencecah sehingga US$2 juta bagi setiap laluan, bergantung kepada jenis kargo dan tahap risiko.

Pihak berkuasa Tehran menyifatkan kutipan tersebut sebagai "bayaran keselamatan" atau tol bagi kapal dagang. Langkah ini dilaksanakan ketika ketegangan maritim semakin memuncak, susulan sekatan ketat oleh tentera Amerika Syarikat (AS) terhadap pelabuhan Iran sejak 13 April lalu.

Sekatan oleh AS itu bertujuan meningkatkan tekanan ekonomi dengan menyasarkan kapal-kapal yang keluar dan masuk dari Iran, manakala pengenalan tol oleh Tehran ini dilihat sebagai tindak balas bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan kawalan mereka di Selat Hormuz.

Sumber: BERNAMA-dpa 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SelatHormuz #EkonomiDunia

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok