• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 April 2026 | 03:13 PM

Sibu Hab Sukan Air: Rekod Baharu MBOR Terukir Di Sungai Rajang

SIBU - Penganjuran Sibu International Powerboat Race 2026 berjaya mengukuhkan kedudukan Sibu sebagai hab sukan air utama Sarawak, sekali gus mempromosikan Sungai Rajang sebagai produk pelancongan sukan berimpak tinggi.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran edisi kedua ini bukan sekadar pertandingan, malah telah menjadi jenama antarabangsa yang membawa limpahan ekonomi kepada pengusaha hotel, makanan, dan usahawan tempatan di Sibu.

Acara bertema 'D’Awakening Of The Mighty Rajang River' itu turut melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Jumlah Bot Laju Terbanyak dalam Satu Acara dengan penyertaan sebanyak 251 buah bot.

"Kementerian telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi menyokong acara ini. Melihat kepada sambutan luar biasa daripada peserta tempatan dan antarabangsa termasuk Brunei, kami akan meneliti cadangan menaik taraf kemudahan di Tebingan Pulau Li Hua bagi menyokong acara lebih besar pada masa hadapan," katanya semasa merasmikan perlumbaan itu hari ini.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile ##SibuPowerboat2026 #MalaysiaBookOfRecords

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok