• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 April 2026 | 06:35 PM

Pengambilalihan Pheim AM Perkukuh Segmen Pengurusan Kekayaan AFFIN

Kuala Lumpur — AFFIN Bank Berhad ambil alih pegangan ekuiti dalam Pheim Asset Management Sdn Bhd (Pheim AM), bagi memperkukuh kedudukannya sebagai kumpulan perbankan universal.

AFFIN dalam kenyataannya memaklumkan, pengambilalihan tersebut melibatkan bayaran tunai sebanyak RM50 juta.

Langkah tersebut selaras dengan fokus Kumpulan untuk memperluas penawaran produk pengurusan kekayaan serta mempelbagaikan sumber pendapatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pengambilalihan Pheim AM merupakan satu langkah strategik, dalam memperkukuh platform pengurusan kekayaan bank itu.

Menurut beliau, langkah berkenaan turut meningkatkan keupayaan syarikat untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih bersepadu dan berskala kepada pelanggan.

Selain itu, ia juga membolehkan AFFIN menyediakan rangkaian penyelesaian yang lebih menyeluruh merangkumi perbankan, pelaburan dan pengurusan kekayaan.

Pada masa sama, pengambilalihan itu mengukuhkan komitmen AFFIN Bank dalam memberikan nilai mampan serta meningkatkan daya saingnya dalam landskap perkhidmatan kewangan Malaysia.

Untuk rekod, Pheim AM terlibat dalam pengurusan aset, dengan dua anak syarikatnya menyediakan perkhidmatan pengurusan aset Islam serta pengurusan unit amanah.

Dengan pengintegrasiannya ke dalam Kumpulan, Pheim AM dijangka menyokong penyelesaian pengurusan portfolio tersuai yang ditawarkan AFFIN merentasi pelbagai segmen pelanggan.

Ia juga membolehkan AFFIN meluaskan jangkauan pelanggan serta mewujudkan lebih banyak peluang bagi penawaran pelaburan yang pelbagai dan disesuaikan di seluruh Kumpulan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok