• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 April 2026 | 04:04 PM

Sarawak Gesa SUKMA Diteruskan, Bimbang Nasib Atlet Dan Kerugian Kos Persiapan

KUCHING - Kerajaan Sarawak berharap temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dapat diteruskan mengikut jadual berikutan persiapan rapi dan komitmen kewangan besar yang telah dilaburkan oleh negeri ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebarang penangguhan akan memberi kesan besar memandangkan banyak urusan logistik, termasuk tempahan penginapan dan deposit, telah dijelaskan lebih awal.

"Harapan saya agar SUKMA diteruskan. Kita telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk persiapan, malah atlet kita telah dihantar menjalani latihan di dalam dan luar negara. Jika ditangguhkan, kita bimbang ada atlet yang akan melepasi had umur 21 tahun dan tidak lagi layak bertanding," jelas beliau dalam sidang media di sini, pada Khamis.

Tambah beliau, keputusan muktamad mengenai status temasya tersebut bergantung kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia serta Selangor selaku tuan rumah.

Isu ini dijangka akan dibincangkan secara tidak rasmi sempena lawatan kerja Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dr. Mohammed Taufiq Johar ke Sarawak yang dijadualkan melawat beberapa kemudahan sukan utama di Petra Jaya.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SUKMA #SarawakBoleh #KBS

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok