• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 April 2026 | 03:47 PM

Anak Sarawak Usia 60 Tahun Jadi Rakyat Malaysia Pertama Tamatkan Ekspedisi Dwi Antartika

KUCHING - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyaksikan majlis penyerahan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) kepada pendaki kental, Wong Su Chung.

Wong melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama yang berjaya menamatkan "Ekspedisi Dwi Antartika" (Antarctica Dual Expedition). Pada usia 60 tahun, beliau berjaya menawan puncak Gunung Vinson dan melakukan ekspedisi meluncur salji sejauh 111 kilometer sehingga ke titik darjah terakhir Kutub Selatan.

Pencapaian luar biasa itu turut menjadikan beliau satu-satunya ahli pasukan yang berjaya melengkapkan kedua-dua cabaran tersebut dalam ekspedisi berkenaan.

Sebelum ini, Wong telah mencipta nama sebagai anak Sarawak pertama yang berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest pada Mei 2024.

Majlis penyerahan sijil yang berlangsung di Pejabat Premier, Kompleks Satria Pertiwi itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Sumber: Pejabat Premier Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SarawakPride #MalaysiaBookOfRecords #AntarcticaExpedition #SarawakBoleh

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok