KUCHING - Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menggesa orang ramai agar berwaspada terhadap penyebaran maklumat palsu dan surat tawaran pekerjaan tidak sah yang tular di media sosial.
Syarikat minyak dan gas milik Sarawak itu menegaskan bahawa semua permohonan kerjaya serta latihan industri hanya boleh dilakukan secara sah menerusi portal rasmi https://careers.petroleumsarawak.com/.
PETROS turut menafikan pembabitan dalam sebarang pengambilan pekerja asing menerusi dokumen tular tersebut dan menegaskan komitmen mereka untuk fokus kepada pembangunan bakat tempatan.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan sumber tidak rasmi bagi mengelakkan risiko penipuan atau penyalahgunaan data peribadi.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PETROS #WaspadaScam
Back