• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 April 2026 | 03:19 PM

Program Sarawakku Sayang 2026: Polis Miri Umum Penutupan Dan Lencongan Jalan Mulai 24 April

MIRI - Pihak Polis Daerah Miri mengeluarkan notis makluman berhubung penutupan dan lencongan jalan di beberapa laluan utama sempena Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Miri yang dijadualkan berlangsung bermula 24 hingga 26 April ini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah memaklumkan bahawa meskipun program utama tidak melibatkan penutupan jalan secara menyeluruh, kawalan trafik ketat akan dilakukan khususnya semasa Majlis Perasmian pada 25 April (Sabtu) jam 10:30 pagi di Stadium Terbuka Miri.

Bagaimanapun, penutupan dan lencongan jalan akan dilaksanakan sepenuhnya bagi acara 'Fun Walk' pada 26 April (Ahad) bermula jam 6:30 pagi hingga 9:00 pagi. Laluan yang terlibat merangkumi Stadium Miri, Jalan Bintang, Bulatan Kipas, Jalan Sylvia, Jalan North Yu Seng, dan Jalan Merpati.

Antara lokasi penutupan dan lencongan utama termasuk:

  • Jalan Bintang & Bulatan Kipas

  • Susur keluar Masjid At-Taqwa

  • Simpang Jalan Persekutuan, Jalan Merdu, dan Jalan Post

  • Lampu Isyarat Jalan Sylvia & Lampu Isyarat Mega

  • Simpang sepanjang Jalan North Yu Seng & Simpang Jalan Masjid

Orang awam dinasihatkan menggunakan jalan alternatif seperti Jalan Krokop, Jalan Jee Foh, dan Jalan Pujut Miri bagi mengelakkan kesesakan. Bagi pengunjung program, pihak penganjur menyediakan perkhidmatan bas transit percuma di kawasan parkir Boulevard dan Pelita Tunku yang akan menghantar penumpang ke Stadium Tertutup Miri.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Miri di talian 085-430479. 

Sumber: fb Polis Daerah Miri 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SarawakkuSayang2026 #PDRMMiri

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok