BAU - Empat individu termasuk seorang wanita diberkas dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Bau pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman dalam satu kenyataan berkata operasi kira-kira jam 8.20 malam di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Sebuku itu membawa kepada penahanan kesemua suspek berusia antara 26 hingga 47 tahun, yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Beliau memaklumkan, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada suspek positif dadah dan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back