• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 April 2026 | 12:51 PM

“Tiada Hari Tanpa Tangkapan”: Dua Sindiket Dadah di Kuching Tumpas

KUCHING – Pendekatan berterusan “Tiada Hari Tanpa Tangkapan” membuahkan hasil apabila dua sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah berjaya ditumpaskan dalam operasi berasingan bulan ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, pendekatan tersebut telah meningkatkan prestasi tangkapan berkaitan dadah di negeri ini setakat tahun ini.

Menurut beliau, kejayaan pertama direkodkan pada 7 April lalu menerusi serbuan di Santubong, Kuching, yang membawa kepada penahanan sepasang suspek berusia 41 dan 31 tahun.

Hasil serbuan menemui lima jenis dadah, iaitu MDMA, ketamin, pil Erimin 5, pil ekstasi dan syabu, dengan jumlah berat keseluruhan mencecah 109,117 gram.

Katanya, rampasan tersebut dianggarkan boleh digunakan oleh 16,952 penagih dengan nilai pasaran sekitar RM16.2 juta, sekali gus menjadi tangkapan terbesar di Sarawak setakat tahun ini.

Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menggunakan kediaman jenis homestay sebagai lokasi pembungkusan dadah dan dipercayai aktif sejak awal April.

Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah. Mereka telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuching pada 20 April lalu atas empat pertuduhan, termasuk di bawah Seksyen 39B(1)(a), Seksyen 39A(1) serta dua pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes akan disebut semula pada 25 Mei ini dan kedua-dua suspek kini direman.

Sementara itu, kes kedua berlaku di Jalan Setia Raja, Kuching, apabila polis menahan dua lelaki tempatan berusia 28 dan 38 tahun.

Pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 1,281 paket kartrij vape disyaki mengandungi cecair ganja dengan anggaran berat keseluruhan 3,202.50 gram. Nilai rampasan dianggarkan RM576,450 dan boleh digunakan oleh 1,281 penagih.

Beliau berkata, sindiket tersebut dipercayai aktif sejak November tahun lalu dengan menggunakan kaedah pengedaran melalui produk vape.

Kedua-dua suspek juga didapati negatif dadah hasil ujian saringan. Suspek pertama direman selama tujuh hari manakala suspek kedua direman selama empat hari, masing-masing bermula 21 April, bagi membantu siasatan.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 12 sebatan.

Datuk Mohamad Zainal berkata demikian dalam sidang media berkaitan tangkapan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok