• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 April 2026 | 01:48 PM

Sarawak Teroka ORV, Vaksin Suntikan Kekal Kaedah Utama Lawan Rabies

KUCHING - Sarawak kini giat meneroka pendekatan baharu dalam usaha jangka panjang membasmi rabies, termasuk penggunaan vaksin rabies oral (ORV) yang masih berada pada peringkat kajian.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Sim Kui Hian berkata vaksin suntikan kekal sebagai kaedah paling berkesan dan menjadi asas utama program vaksinasi haiwan di Sarawak.

Namun, katanya, kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada potensi ORV dalam memperluaskan liputan vaksinasi, khususnya kepada anjing liar yang sukar ditangkap.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa ORV masih dalam fasa kajian oleh Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) bagi menilai keberkesanannya.

Datuk Amar Dr Sim berkata usaha membanteras rabies memerlukan pendekatan lebih menyeluruh termasuk kawalan populasi haiwan dan peningkatan kadar vaksinasi secara konsisten dalam kalangan anjing peliharaan serta anjing liar.

Beliau turut menekankan bahawa kejayaan mencapai sasaran sifar rabies hanya boleh dicapai melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Veterinar Sarawak, Jabatan Veterinar Malaysia dan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA), selain kesedaran berterusan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya lagi, cabaran utama ketika ini bukan sekadar vaksinasi, tetapi memastikan liputan menyeluruh termasuk haiwan terbiar yang sering menjadi punca penularan penyakit tersebut.

Datuk Amar Dr Sim berkata demikian ketika ditemui pada program pengagihan ORV di pasar basah Bintawa, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi SSPCA, Datin Sri Dona Drury Wee dan Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok