• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 April 2026 | 07:27 AM

Polis Bau Buru Suspek Dua Kes Pecah Rumah Di Kawasan Singai

BAU - Pihak Polis Daerah Bau kini giat menjalankan siasatan berhubung dua kejadian pecah rumah dan pecah masuk rumah kebun yang berlaku di kawasan Kampung Tanjung Poting Singai, pada Isnin 20 April.

Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, laporan pertama melibatkan sebuah rumah tidak berpenghuni tetap di mana suspek dipercayai mengumpil tingkap belakang serta memotong besi penghadang. Dalam kejadian itu, dua tong gas dan sebuah televisyen dilaporkan hilang dengan anggaran kerugian berjumlah RM900.

"Kes kedua pula melibatkan sebuah rumah kebun milik seorang pesara. Suspek dipercayai mengumpil grill besi sebelum melarikan kira-kira 30 keping atap aluminium dan sebuah tangga aluminium, melibatkan kerugian sekitar RM4,000," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pihak polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua kejadian tersebut dilakukan oleh suspek yang sama memandangkan lokasi dan waktu kejadian yang hampir serupa.

Kedua-dua kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke IPD Bau atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMBau #SingaiBau #KesPecahRumah

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok