• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 April 2026 | 06:45 AM

Pemandu Kes Kemalangan Lima Kenderaan Di Sibu Didakwa Di Mahkamah

SIBU - Seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sibu hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan lima buah kenderaan, minggu lalu.

Tertuduh, Yong Kung Chai, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Romario Jonoi.

Mengikut pertuduhan, kejadian berlaku pada 17 April 2026 di Jalan Kampung Nyabor, berhampiran Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral. Kenderaan yang dipandu tertuduh dilaporkan telah merempuh lima buah kenderaan lain dalam insiden tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda dan penjara mengikut peruntukan akta berkenaan.

Mahkamah telah menetapkan 4 Mei 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes. Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua orang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Bin Miskon dalam kenyataannya menegaskan bahawa pihak PDRM akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya demi menjamin keselamatan semua pengguna.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSibu #MahkamahSibu 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok