SERIAN - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Serian berjaya menahan 11 individu dalam Operasi Perdana Bil. 2/2026 yang dilaksanakan secara intensif selama tiga hari di sekitar kawasan Serian, Siburan, dan Balai Ringin baru-baru ini.
Operasi yang bermula pada 14 April lalu melibatkan 10 pegawai serta anggota.
Hasil serbuan tersebut membawa kepada penangkapan 10 lelaki dan seorang wanita yang berumur antara 22 hingga 59 tahun.
Menurut kenyataan media AADK Daerah Serian, hasil saringan awal mendapati kesemua individu terbabit disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Justeru mereka ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi tujuan siasatan lanjut dan tindakan pemulihan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #AADKSerian
Back