• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 April 2026 | 10:57 PM

Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Lori Simen Langgar Lampu Merah

SIBU - Seorang penunggang motosikal lelaki maut selepas dirempuh sebuah lori simen yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Idrus, Selasa pagi 21 April.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Miskon mengesahkan kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 pagi.

Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 39 tahun itu sedang meneruskan perjalanan dari arah Pasaraya Farley selepas lampu isyarat bertukar hijau.

"Sebuah lori simen yang datang dari arah kanan dipercayai gagal memberhentikan kenderaan walaupun lampu isyarat telah bertukar merah, lalu merempuh motosikal mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat rempuhan kuat tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Pemandu lori simen berusia 50 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati pemandu terbabit negatif sebarang jenis dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya.

Pihak polis turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan berwaspada bagi menjamin keselamatan bersama.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSibu #KeselamatanJalanRaya

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok