• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 April 2026 | 10:26 PM

Satu Pintu Rumah Panjang Musnah Terbakar, Wanita Warga Emas Selamat

LIMBANG - Seorang wanita warga emas terselamat dalam satu kejadian kebakaran yang memusnahkan satu daripada 12 pintu di Rumah Sengat, Batu 8, Jalan Kubong, petang tadi.

Mangsa, Tijan Awe, 62, yang merupakan pemilik unit tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun kediamannya musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.40 petang itu.

Ketua Bomba Zon 7 Limbang, Ramlan Marajan berkata, pihaknya segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 18 kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Kebakaran melibatkan struktur rumah panjang jenis separuh kekal di mana satu pintu musnah 100 peratus. Tindakan pantas anggota berjaya menghalang api daripada merebak ke unit lain, namun dua pintu bersebelahan dilaporkan mengalami kerosakan kecil," jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kewujudan dinding pemisah antara unit serta sumber air yang mencukupi menjadi faktor utama kebakaran berjaya dikawal dengan berkesan.

Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.20 petang selepas pemeriksaan akhir memastikan tiada lagi punca api dikesan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #BombaLimbang

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok