• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 April 2026 | 09:59 PM

Bintulu 90 Peratus Bersedia Anjur Temasya Olimpik Khas Kebangsaan Ke-6 Hujung Minggu Ini

Kuching – Bintulu bersedia menganjurkan Temasya Sukan Olimpik Khas Kebangsaan Ke-6, dengan tahap persiapan kini telah mencapai 90 peratus.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebagai tuan rumah, pihaknya giat melakukan persiapan rapi bagi memastikan kelancaran penganjuran temasya itu.

Menurut beliau, walaupun terdapat cabaran terutama dari segi kos, sambutan daripada negeri-negeri lain yang bakal mengambil bahagian amat memberangsangkan.

Ia menunjukkan komitmen tinggi semua pihak dalam menjayakan temasya khas berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Sedidik dan ToyEight di Kuching, hari ini.

Temasya Sukan Olimpik Khas Kebangsaan Ke-6,<span;> dijadualkan berlangsung dari Jumaat hingga Ahad ini yang akan disertai kira-kira 800 atlet dari 11 negeri.


Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai penganjuran Para SUKMA di Selangor, beliau berkata pihaknya akur sekiranya kejohanan itu ditangguhkan.

Beliau turut percaya terdapat hikmah di sebalik penangguhan tersebut dan berharap penyertaan atlet Sarawak dalam temasya berkenaan dapat diteruskan apabila keadaan mengizinkan kelak.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok