KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan sebarang perubahan dasar mengenai jaminan subsidi bahan api secara drastik atau mengejut, meskipun pasaran tenaga global kini berdepan tekanan hebat susulan krisis geopolitik di Asia Barat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan bahawa setiap langkah yang diambil adalah berlandaskan penelitian data menyeluruh bagi memastikan majoriti rakyat terus terlindung daripada bebanan kos sara hidup.
"Keputusan tidak dibuat secara terburu-buru. Kerajaan sedar cabaran konflik di Asia Barat yang mungkin berlarutan, namun keutamaan kita adalah memastikan bekalan tenaga terjamin, pertumbuhan ekonomi mampan, dan sektor industri terus dibantu," katanya ketika menjadi tetamu Bernama Radio hari ini.
Datuk Seri Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut menyeru rakyat agar menggunakan tenaga dan air secara berhemat serta bekerjasama dengan agensi penguat kuasa bagi membanteras ketirisan serta penyeludupan di sempadan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #Bernama
Back