KUCHING – Sarawak dijangka mencatat satu lagi sejarah penting, apabila Sarawak Delta bakal menerima pengiktirafan sebagai Global Geopark oleh UNESCO bulan depan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengiktirafan tersebut membawa makna besar kepada sektor pelancongan dan warisan negeri.
Menurut beliau, dengan pengiktirafan itu, Sarawak Delta Geopark akan menjadi geopark pertama di Kepulauan Borneo serta yang ketiga di Malaysia selepas Perak dan Langkawi.
Selain itu, Sarawak juga akan menambah satu lagi koleksi pengiktirafan UNESCO, selepas Taman Negara Mulu sebagai Tapak Warisan Alam, Gua Niah sebagai Tapak Warisan Budaya, serta Kuching sebagai Bandar Gastronomi UNESCO.
Katanya, pengiktirafan terbaru itu juga dijangka akan memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama.
Ia diharap dapat menarik lebih ramai pelancong antarabangsa ke negeri ini untuk mengenali kepelbagaian geologi dan ekosistem yang terdapat di Sarawak Delta.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Muzium Warisan Perindustrian Limbungan Brooke di Kuching, malam tadi.
Pengumuman rasmi pengiktirafan itu dijangka dibuat bulan depan di Paris, Perancis.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back