• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 April 2026 | 10:27 AM

Penjenayah Tegar 33 Rekod Lampau Ditahan Selepas Ragut Warga Emas

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berusia 39 tahun yang tular melakukan aksi ragut di Lebuhraya Tebrau berjaya ditahan pihak polis di Kota Tinggi, tengah hari semalam (20 April).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat mengesahkan suspek yang menaiki motosikal Yamaha 125Z dikesan meragut beg milik seorang warga emas berusia 60 tahun pada 18 April lalu.

Bertindak atas laporan mangsa, pasukan D9 IPD Johor Bahru Selatan dengan bantuan IPD Kota Tinggi telah melancarkan operasi memburu sebelum berjaya memberkas suspek.

Antara barangan yang dirampas termasuk sebuah motosikal, satu set coverset, sebuah telefon bimbit, sehelai jaket, dan sebatang kunci.

Hasil semakan mendapati suspek merupakan seorang penjenayah tegar yang memiliki 33 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Ujian saringan air kencing turut mengesahkan suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Pihak polis turut menasihatkan penunggang motosikal agar tidak meletakkan barangan berharga di dalam bakul motosikal bagi mengelakkan risiko menjadi mangsa jenayah.

Sumber: fb Info Kemalangan & Bencana Malaysia 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRM #JohorBahru #KesRagut

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok