KUCHING - Bandar Raya Kuching bakal memiliki koridor pelancongan berasaskan warisan dan budaya yang baharu menerusi projek pembangunan tebingan sungai sepanjang 4.8 kilometer (km) yang menghubungkan kawasan Brooke Dockyard sehingga ke Jambatan Satok.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg, semasa menyempurnakan majlis perasmian Brooke Dockyard Industrial Heritage Museum, Isnin malam 20 April.
Menurut Abang Johari, projek ikonik ini akan dilaksanakan dalam dua fasa utama: Fasa Pertama dijangka bermula tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM160 juta manakala Fasa Kedua melibatkan kos RM400 juta dengan reka bentuk seni bina unik, termasuk pembinaan laluan bertingkat.
“Pembangunan ini akan memberi pengalaman berbeza kepada pelancong, selain menghubungkan elemen sejarah, budaya, dan kehidupan masyarakat di kedua-dua tebing sungai,” ujar beliau.
Tambah Premier, inisiatif ini bakal memperkukuh kedudukan Sarawak di peringkat antarabangsa, selari dengan usaha mendapatkan pengiktirafan Geopark UNESCO bagi kawasan Delta Kuching serta pelancaran inisiatif penerbangan serantau, AirBorneo, yang akan menjadi pemangkin kepada kemasukan lebih ramai pelancong.
Sumber: fb Sarawakku
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SarawakMaju #KuchingWaterfront #BrookeDockyard
Back