• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 April 2026 | 09:44 AM

Fitnah SPRM Di TikTok: MCMC Buka Kertas Siasatan, Peranti Komunikasi Disita

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan rasmi terhadap seorang individu yang disyaki menyebarkan kandungan palsu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjayanya di platform TikTok.

MCMC dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa rakaman percakapan suspek telah diambil bagi membantu siasatan.

Pihak berkuasa turut menyita satu unit peranti komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan berunsur fitnah berkenaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Jika sabit kesalahan, individu terbabit berdepan hukuman denda maksimum RM500,000 atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC menegaskan bahawa pihaknya tidak akan bertoleransi terhadap penyalahgunaan media sosial untuk mengelirukan orang ramai dan akan mengambil tindakan tegas demi memelihara ketenteraman awam.

Orang ramai digesa agar lebih bertanggungjawab dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MCMC #SPRM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok