BINTANGOR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Meradong mempertingkatkan kawalan keselamatan melalui Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan di sekitar kawasan strategik Bintangor dan Meradong pada Isnin 20 April.
Operasi selama sembilan jam yang bermula pada jam 8.00 pagi itu melibatkan kekuatan 16 anggota, diketuai oleh Inspektor Mohd Salman Zulfitri Sheekandar.
Fokus utama operasi tertumpu kepada lokasi hotspot termasuk Jalan Kelupu, Jalan Bakong, Taman Bintang, serta laluan masuk utama ke bandar ini.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 70 individu dan 64 buah kenderaan telah diperiksa melalui pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan snap check.
Hasilnya, pihak polis telah mengeluarkan tujuh saman atas pelbagai kesalahan trafik bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Meskipun tiada tangkapan atau rampasan direkodkan, kehadiran pihak berkuasa secara proaktif ini dilihat berjaya mengekang pergerakan elemen jenayah di kawasan terlibat.
Sumber: fb IPD Meradong
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRM #Meradong #PolisDanMasyarakat
Back