Kuching – Peranan muzium kini dilihat sebagai pemacu ekonomi yang dinamik, dan bukan lagi sekadar gedung statik yang menyimpan artifak lama.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, muzium perlu bertindak sebagai “magnet” pelancongan yang ampuh.
Langkah itu penting bagi mengukuhkan peranan muzium sebagai hab intelektual yang merapatkan jurang antara komuniti tempatan.
Menurut beliau, Sarawak setakat ini mempunyai 19 muzium dan galeri yang beroperasi secara aktif di seluruh negeri.
Bagi suku pertama tahun ini, jumlah kehadiran pelawat yang direkodkan di semua muzium dan galeri di bawah Jabatan Muzium Sarawak ialah seramai 93,858 orang.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Muzium Warisan Perindustrian Limbungan Brooke di Kuching, malam tadi.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan pembukaan rasmi muzium warisan berkenaan sebagai detik bersejarah dalam landskap permuziuman Sarawak.
Beliau turut optimis bahawa kehadiran muzium itu, bersama muzium-muzium sedia ada, akan memberi nilai tambah kepada kapasiti pemuliharaan warisan negeri serta menggalakkan perkembangan ekosistem pelancongan Sarawak.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back