• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 April 2026 | 01:28 AM

Muzium Warisan Perindustrian Limbungan Brooke Kini Dibuka, Tarikan Baharu di Kuching

Kuching — Muzium Warisan Perindustrian Limbungan Brooke di Kuching mula dibuka kepada pengunjung, selepas berlangsungnya majlis perasmian rasmi muzium itu semalam.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pembukaan muzium itu menandakan satu detik bersejarah dalam landskap permuziuman di Sarawak.

Menurut beliau, projek transformasi muzium berkenaan telah dilaksanakan secara berfasa dari tahun 2020 hingga 2025.

Inisiatif berimpak tinggi itu melibatkan kos keseluruhan sekitar RM46.7 juta, sekali gus membuktikan komitmen kukuh kerajaan negeri dalam memelihara sejarah serta khazanah warisan Sarawak.

Katanya, melalui transformasi tersebut, Limbungan Brooke kini muncul sebagai limbungan kapal tertua dan ikonik di Malaysia yang wajah baharu.

Muzium itu mengetengahkan koleksi jentera dan peralatan yang pernah digunakan dalam operasi harian limbungan, selain mempamerkan struktur kejuruteraan unik yang lazimnya hanya dapat dilihat di dok kering.

Tarikan utama muzium tersebut ialah replika kapal sebenar ‘His Highness Yacht’ (HHY) Zahora, yang menjadi simbol kemegahan era pentadbiran Brooke.

Dengan beroperasinya muzium itu, beliau optimis ia akan menambah nilai kepada kapasiti pemuliharaan warisan Sarawak, sekali gus merancakkan lagi ekosistem pelancongan negeri.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Muzium Warisan Perindustrian Limbungan Brooke di Kuching, malam tadi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok