• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 April 2026 | 11:47 PM

Berita Sungai Liku Kering Adalah PALSU, Bekalan Air di Miri Kekal Stabil

KUCHING - Sarawak Water Sdn Bhd hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan berita tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp yang mendakwa takungan air di Sungai Liku, Miri sedang mengalami kekeringan.

Pihak Sarawak Water menegaskan bahawa maklumat tersebut adalah palsu dan bertujuan menimbulkan kegusaran awam.

Berdasarkan hasil pemantauan teknikal terkini, pihak pengurusan mengesahkan bahawa paras air di takungan Sungai Liku kini berada pada tahap normal serta mencukupi bagi menampung keperluan proses rawatan air mentah."

Sehubungan itu, Sarawak Water memberi jaminan bahawa tiada sebarang rancangan untuk melaksanakan catuan air atau gangguan bekalan berjadual dalam masa terdekat memandangkan sumber air mentah masih berada pada tahap stabil.

Pada masa yang sama, Loji Rawatan Air berkaitan dilaporkan masih beroperasi pada kapasiti penuh bagi memastikan kelangsungan bekalan air bersih ke seluruh bandar raya Miri tanpa sebarang gangguan.

Justeru masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan hantaran yang tidak sahih dan segera menghentikan perkongsian maklumat palsu tersebut.

Sebarang notis rasmi hanya akan dikeluarkan melalui laman web atau Facebook rasmi Sarawak Water. 

Sumber: fb Sarawak Water Sdn Bhd

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile ##SarawakWater #Miri

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok