• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 April 2026 | 11:25 PM

Padah Rogol Remaja Hingga Hamil:Remaja 19 Tahun Dihadapkan ke Mahkamah, Mengaku Tidak Bersalah

KUCHING - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuching hari ini atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur sehingga mangsa disahkan mengandung.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan terhadap mangsa yang baru berusia 14 tahun 10 bulan di sebuah rumah di Kampung Haji Baki, Kuching. Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara bulan September hingga Oktober 2025.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Puan Iris Anak Awen Jon.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan memerintahkan tertuduh ditahan reman di Penjara Puncak Borneo sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 19 Mei 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pengurusan kes.

Sumber: fb Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #BeritaMahkamah #PDRMSarawak #KesRogol

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok