• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 April 2026 | 11:47 AM

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2026/2027, Kini Dibuka

KUCHING – Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman bagi pengambilan sesi 2026/2027, kini dibuka.

Yayasan Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, permohonan melibatkan 10 kursus terpilih, dengan keutamaan diberikan kepada bidang (STEM).

Antara bidang yang ditawarkan termasuk kejuruteraan, teknologi maklumat, perubatan dan kesihatan, psikologi dan kaunseling, kewangan serta undang-undang.

Permohonan terbuka kepada semua anak Sarawak yang sedang atau bakal mengikuti pengajian sepenuh masa dalam kursus yang diiktiraf di institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara.

Tajaan biasiswa ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu pengajian Ijazah Pertama dan Pascasiswazah.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi Yayasan Sarawak di http://www.yayasansarawak.org.my dengan menyertakan dokumen yang diperlukan.

Semua dokumen hendaklah disahkan sebagai salinan benar sebelum dimuat naik.

Setiap permohonan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Sarawak.

Calon yang memenuhi syarat akan dipanggil menghadiri temu duga oleh panel khas, dengan pemilihan dibuat berdasarkan prestasi semasa temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Mei 2026, jam 4.00 petang.

Permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Bahagian Biasiswa Yayasan Sarawak di talian 082-441686.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok