BAU - Ketenteraman awam di sekitar daerah Bau terus diperkasa menerusi satu Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, bermula Sabtu malam (18 April) sehingga awal Ahad pagi 19 April.
Operasi yang bermula jam 10.00 malam itu memfokuskan kepada pemeriksaan kenderaan dan individu bagi mengekang aktiviti jenayah serta penyalahgunaan dadah di kawasan strategik.
Hasil pemeriksaan ke atas 81 buah kenderaan dan 104 individu, seramai 13 lelaki telah ditahan untuk menjalani ujian saringan awal air kencing. Daripada jumlah tersebut, dua lelaki didapati positif dadah dan kini ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Selain tangkapan berkaitan dadah, pihak polis turut mengeluarkan sebanyak tujuh keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
IPD Bau menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan, ketenteraman, dan kesejahteraan masyarakat di daerah ini.
Sumber: fb Polis IPD Bau
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile ##PDRMSarawak #IPDBau
Back