• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 April 2026 | 09:03 AM

Landasan Tepat! Mengapa Sarawak Kini Dianggap Sebagai 'Model Masa Depan' Oleh TPM Fadillah?

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan Sarawak kini berada di landasan yang tepat untuk muncul sebagai peneraju masa depan negara melalui penekanan strategik terhadap ekonomi tenaga boleh baharu, digital dan pendidikan.

Beliau berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, negeri itu telah merangka hala tuju yang berani dan berpaksikan kepentingan rakyat, terutamanya dalam meneroka industri hiliran dan kedaulatan sumber strategik.

"Hala tuju yang progresif ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan baharu, malah menjadi pemangkin kepada kemakmuran jangka panjang dan kesinambungan pembangunan Sarawak," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau bersempena Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) 2026, pada Ahad 19 April.

Fadillah turut menzahirkan sokongan penuh terhadap ketegasan Premier Sarawak dalam memperjuangkan hak-hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya yang melibatkan pengurusan sumber minyak dan gas.

Beliau menyifatkan pendekatan yang diambil adalah matang dan konstruktif dalam mengukuhkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Mengulas mengenai penganjuran konvensyen tersebut, beliau menyifatkan ia sebagai platform kritikal untuk memperkukuh kesepaduan GPS serta menyelaraskan aspirasi pembangunan negeri dengan matlamat nasional.

"Komitmen GPS untuk memastikan kestabilan politik dan perpaduan rakyat, yang menggabungkan kepimpinan berpengalaman serta generasi muda, adalah asas utama dalam menjamin masa depan yang cerah.

"Justeru, saya menyeru seluruh lapisan rakyat agar terus kekal segulai sejalai (seiring sejalan) bersama Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan dapat direalisasikan demi Sarawak Maju Makmur," tambahnya lagi.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #TPMFadillah #GPS2026 #SarawakMajuMakmur 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok