• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 April 2026 | 08:34 AM

Laluan Impian Sarawak: Tinjauan Terkini Perkembangan Jambatan Batang Lupar 1

SAMARAHAN - Pengarah Kerja Raya Sarawak, Datu Adj. Prof. Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy anak Morris, telah mengadakan lawatan pemerkasaan ke tapak projek Jambatan Batang Lupar 1 bagi meninjau perkembangan terkini infrastruktur ikonik tersebut, semalam 19 April.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam memastikan setiap projek strategik dilaksanakan mengikut jadual, piawaian kualiti yang ketat, serta menepati tempoh masa yang telah ditetapkan.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberikan taklimat terperinci oleh pasukan projek mengenai status kemajuan kerja semasa, cabaran di lapangan, serta strategi penambahbaikan bagi memastikan kelancaran fasa pembinaan seterusnya.

Sesi lawatan tapak turut diadakan bagi membolehkan perbincangan dua hala bersama pihak berkepentingan dilakukan demi memperkukuh koordinasi serta kecekapan penyampaian projek.

Projek Jambatan Batang Lupar 1 merupakan antara inisiatif terpenting dalam rangkaian jaringan perhubungan di Sarawak. Apabila siap kelak, ia bakal memberikan impak besar terhadap pembangunan sosioekonomi, meningkatkan mobiliti penduduk, dan memacu pertumbuhan kawasan sekitar menerusi aksesibiliti yang lebih efisien.

JKR Sarawak menegaskan komitmen mereka untuk memastikan mercu tanda ini disiapkan dengan jayanya demi manfaat rakyat dan pembangunan negeri secara mampan.

Sumber: fb JKR Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JKRSarawak #JambatanBatangLupar1

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok