BAU - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau telah berjaya menahan dua orang lelaki yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Jalan Taiton, tengah malam tadi (19 April).
Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide bin A. Rahman, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kedua-dua suspek yang berusia 27 dan 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.10 pagi.
Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua individu terbabit mendapati mereka positif dadah.
Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk tindakan lanjut.
Pihak PDRM menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Orang ramai digesa untuk terus menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN Bukit Aman (012-208 7222) atau Hotline JSJN IPK Sarawak (017-592 9211) bagi membantu membanteras gejala ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDBau
Back