• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 April 2026 | 06:09 PM

Sarawak Jangan Berpecah-pesan Abang Jo

KUCHING — Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru rakyat negeri ini terus mempertahankan perpaduan dan tidak membenarkan sebarang elemen yang boleh memecah-belahkan Sarawak.

Menurut beliau, kekuatan Sarawak hanya dapat dikekalkan melalui kepercayaan antara rakyat serta kesatuan yang kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan latar belakang politik.

Beliau menegaskan bahawa kestabilan politik yang dikecapi Sarawak ketika ini adalah hasil perpaduan kukuh di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang merangkumi empat komponen utama iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian semasa berucap merasmikan Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa kepimpinan masa depan perlu diteruskan oleh generasi baharu dengan berteraskan nilai keikhlasan, integriti dan tanggungjawab terhadap rakyat.

Tambahnya, kejayaan pembangunan Sarawak hari ini adalah hasil dasar yang konsisten serta kestabilan politik yang kukuh, selain pendekatan tadbir urus yang berfokus kepada kepentingan rakyat.

Dalam pada itu, beliau berharap konvensyen tersebut dapat memperkukuh hala tuju politik dan ekonomi negeri, termasuk penggunaan teknologi moden dalam pentadbiran.

Tegasnya, Sarawak akan terus mempertahankan haknya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tanpa kompromi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok