• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 April 2026 | 06:07 PM

GPS Tekankan Kepimpinan Bersih Demi Masa Depan Rakyat

KUCHING — Kekayaan sumber ekonomi sahaja tidak menjamin kesejahteraan rakyat sekiranya tidak disertai kepimpinan yang jujur dan berintegriti.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata terdapat banyak negara di dunia yang memiliki sumber asli yang melimpah, namun masih dibelenggu kemiskinan akibat kelemahan dalam tadbir urus.

Katanya, Sarawak juga mempunyai kekuatan dari segi sumber semula jadi, namun kejayaan negeri itu bergantung kepada keupayaan kepimpinan yang bersih serta komited dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Tambahnya, pentadbiran negeri diterajui oleh barisan kepimpinan yang mempunyai matlamat jelas, iaitu untuk berkhidmat demi kesejahteraan rakyat.

Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) 2026, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan tempoh enam tahun pentadbiran GPS sebagai satu kejayaan yang dicapai hasil kestabilan politik serta perancangan pembangunan yang tersusun.

Tegasnya, usaha membangunkan Sarawak bukan sahaja tertumpu kepada keperluan semasa, malah mengambil kira masa depan generasi akan datang, termasuk melalui pelaksanaan pendidikan percuma bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berdaya saing.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok